Saturday, November 7, 2009

Politeknik Kuching Sarawak

Politeknik Kuching Sarawak (POLIKU)


Pada tahun 1987, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menubuhkan institusi pengajian tinggi di negeri Sarawak. Institusi ini dinamakan Politeknik Kuching Sarawak, dimana penamaannya adalah sama dengan ibu negeri Sarawak iaitu Kuching.Politeknik Kuching Sarawak adalah institusi pendidikan teknikal yang terawal di negeri Sarawak. Politeknik Kuching Sarawak ini mempunyai kawasan kampus yang agak besar iaitu kawasannya seluas 112 ekar. Kampus Politeknik Kuching Sarawak ini berlokasi kira – kira 23 kilometer daripada pusat Bandaraya Kuching Sarawak. Lokasi Politeknik Kuching Sarawak adalah sangat strategik untuk sistem pembelajaran kerana lokasinya yang berhampiran dengan Gunung Serapi, udaranya adalah sangat nyaman dan secara tidak langsung ketenangan suasananya dapat membentuk suatu sistem pembelajaran yang baik.


Objektif POLIKU


Objektif utama Politeknik Kuching Sarawak adalah memberi peluang latihan kepada para penuntut ilmu yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV). Latihannya berasaskan dalam bidang kejuruteraan



Jabatan-Jabatan di Poliku

Terdapat lima jabatan utama di Poliku iaitu

1. Jabatan Kejuruteraan Awam

2. Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

3. Jabatan Perdagangan

4. Jabatan Teknologi Maklumat

5. Jabatan Kejuruteraan Petrokimia.



Sistem pembelajaran

Sistem pembelajaran di politeknik adalah sama dengan universiti tetapi yang berbezanya hanya pada praktikal. Pelajar yang berlajar di politeknik akan pergi ke latihan industri selama 6 bulan atau 1semester. Latihan industri bermaksud pelajar akan berkerja di dalam sektor pekerjaan sebagai pelatih. Dengan cara ini pelajar didedahkan terhadap alam pekerjaan dan mudah untuk pelajar ini menyesuaikan diri semasa mereka berkerja nanti. Pelajar yang mengambil peringkat sijil akan pergi ke latihan industri semasa di semester 3 dan pelajar yang mengambil peringkat diploma akan menjalani latihan industri semasa berada di semester 4. Di semester akhir pelajar politeknik akan membina atau mereka projek. Ini bermaksud mereka akan merangkumkan semua apa yang mereka belajar semasa di semester akhir.